1. Gunakan nama sebenar. Bukan nama binatang, benda, nama gelaran, nama kuih dan sebagainya.
2. Gunakan gambar dengan wajah sebenar walaupun memakai purdah. Gambar tidak bersama pasangan atau ahli keluarga.
3. Tidak menulis hal-hal yang negatif terutama maki hamun, merungut, kritikan terhadap orang secara khusus dan apa sahaja.
4. Tulis menggunakan perkataan dan ayat dengan ejaan yang penuh. Seperti tulisan pada status ini.
5. Tidak terlalu menunjuk-nunjuk barang milik peribadi seperti kereta, motor, gajet dan sebagainya. Andai mahu juga, berkongsilah tentang kelebihan atau ciri-ciri penting alat-alat itu di FB seolah-olah ia bukan milik kita.
6. Boleh juga berkongsi kejayaan diri atau cerita tentang diri yang boleh dijadikan pengajaran dan pedoman.


Hidup di dunia hanya dua pilihan apabila bersama manusia, belajar atau mengajar. 

Menyusun setiap baris kata sedaya upaya hanya untuk berkongsi apa yang terbuku di muka buku. 

Kemudian duduk di bawah menadah mutiara kata untuk pedoman dan tindakan.

Lebih banyak mendengar dari bercakap, sebenarnya akan mengungkapkan satu rasa bahawa dunia ini teramat luas untuk menanam benih usaha.

Hanya tindakan yang menjulurkan buah yang manis dari benih usaha yang sahih.

Melihat tekad dan minat orang ditambah rempah kesungguhan. Tidak ada yang dapat menafikan bahawa tindakan dan tekad adalah pemula sebuah kejayaan.